Pages

Featured Posts

Friday, 21 October 2011

syukur..apa tu ya....??

Assalamu’alaikum ….
Coretan ini sekadar utk meluahkan apa yang terbuku dari isi hati…
Dan yang tidak sempat diungkap semasa interaks bersama ahli baru PERKIM UKMi..
Bila mana terdengar kisah saudara seislam yang baru memeluk Islam membentangkan kisah-kisah .dan kronologi …bibit-bibit percintaannya dengan Islam…
Hati kecil ini bersuara….apakah aku ini……

ALLAHUAKBAR
ASTARGFIRULLAH..
Hati terkedu seketika….
Aku tahu nikmat paling besar ialah iman dan Islam
Tapi apakah MENSYUKURI NYA??
APAKAH AKU INI SEDAR IANYA ADALAH NIKMAT ?/
Andai kita rasa kita sudah bersyukur?/
Kalau benar kita ini sudah bersyukur?//
Apakah buktinya…..??.
Persoalan itu perlu dijawab…..
Tapi hati berazam untuk menterjemahkan sykur itu dalam ketaatan padaNYA>>
Saya mengajak sahabt2,…untuk bertanya soalan di bawah ini
“apakah aku ini sedar dua nikmat yang dikurniakan iaitu iman dan islam dalam diri ini?
Dan kalau benar aku sedar ..apakah buktinya…..??”
Harap kita jujur dan jwb pada hati kita…
Muhasabah kembali
Segala coretan di atas semuanya berbalik pada topic SYUKUR
Adakah kita tergolong dari golongan yang bersyukur? Allah menjelaskan “Tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur” (Surah Yusuf:38).
Secara ringkasnya..bagaimana kita nk kaitkan syukur itu dgn kita
Setiap detik kita menggunakan nikmat kurniaan Allah, amat sedikit yang menyedarinya, apa lagi untuk mengsyukuri akan kurniaan itu.


Teringat pada kisah khalifah umar al khattab :
Pada zaman Sayyidina Umar al-Khattab, ada seorang pemuda yang sering berdoa di sisi Baitullah yang maksudnya: “Ya Allah! Masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit” Doa beliau didengar oleh Sayyidina Umar ketika beliau (Umar) sedang melakukan tawaf di Kaabah. Umar berasa hairan dengan permintaan pemuda tersebut. Selepas selesai melakukan tawaf, Sayyidina Umar memanggil pemuda berkenaan lalu bertanya: “Kenapakah engkau berdoa sedemikian rupa (Ya Allah! masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit), apakah tiada permintaan lain yang boleh engkau mohon kepada Allah?” Pemuda berkenaan menjawab: “Ya Amirul Mukminin! Aku membaca doa berkenaan kerana aku (berasa) takut dengan penjelasan Allah seperti firman-Nya dalam surah al-A’raaf ayat 10 yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekelian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber/jalan) penghidupan. (Tetapi) amat sedikitlah kamu bersyukur” Aku memohon agar Allah memasukkan aku dalam golongan yang sedikit, iaitu (lantaran) terlalu sedikit orang yang tahu bersyukur kepada Allah” jelas pemuda berkenaan. Mendengar jawapan itu, Umar al-Khattab menepuk kepalanya sambil berkata kepada dirinya sendiri: “Wahai Umar, alangkah jahilnya engkau, orang ramai lebih alim daripadamu”

sebuah puisi yg sy jumpa di sebeuag blog
JIKA SYUKUR ITU SEBUAH PULAU DI TENGAH LAUTAN,
Kan kurenang, biarpun lautnya dalam,
biarpun ombak setinggi awan,
Kan kusujud di pepasir membilang butir iman.
JIKA SYUKUR ITU SEBUAH KEMUNCAK GUNUNG,
Kan kudaki, biarpun tebingnya tajam duri dan bisa miang,
biarpun gelap hutan nan kelam,
Kan kupeluk rahmat-Mu bak dingin kabus berbalam.
 
Akhirnya..saya mengajak sahabat2….untuk kita terjemah syukur itu dalam perbuatan dan dalam kehidupan kita..
Mari memaknakan hidup saudaraku!!!

Sunday, 11 September 2011

bukan kerna nama

Assalamu'alaikum dan selamat dtg pada sahabat2..
syukur kepada Ilahi ....ada juga blog akhirnya...
namun ku buat blog ini.
bukan kerna kwnku ada blog..
bukan kerna sahabatku ada blog.
bukan kerna diriku suka baca blog.

ku buat blog ini..
utk ku tuliskan peringatan buat diri ini yang tidak sunyi dr alpa dan lupa..
utk ku coretkan juga kuliah2 agama yang dipelajari..
utk ku kongsikan ilmu2 sains yang diketahui..

namun begitu peringatan yg ada dalam blog ini bukanlah utk diri sahaja..mana yg baik..ambillah ia....

hurmmm...
sahabat.ketika baru buat blog ini.
sy banyak mempelajari tentang syukur.
tp bukanlah belajar dr kuliah2 agama ataupun buku
tp belajar dari SeKOLAH KEHiduPAN...

ketika ini baru ku merasakan diri ini kurang memasakkan syukur itu dalam diri..
bila mana nikmat yang dulunya sy tdk rasakn ia sbagai nikmat telah diambil kembali oleh NYA...air mata keinsafan terus mengalir..
namun air mata mengalir..
bukanlah kerana nikmat itu diambil..tp kerana sudah sedar seblum ini diriku tdk bersyukur dgn apa yg diberikanNYA..

itulah kita sahabat2...ramai di antara kita kurang memasakkan syukur dlm kehidupan..
stelah nikmat itu hilang...baru kita merasakan..ALLAH..aku lupa pada nikmat itu..
sebab itu ALLAH tanya pada kita.
فَبِأَيِّ آلاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

cukuplah sekdar itu untuk yg pertama kalinya